Pages

Wednesday, 25 September 2013

jomm..follow entry kami ! *_~


Penerbitan Kaki Novel Sdn Bhd merupakan sebuah penerbit novel kreatif berbahasa Melayu yang ditubuhkan sejak tahun 2005. Antara objektif wujudnya Kaki Novel adalah untuk memenuhi permintaan peminat-peminat novel tanah air yang semakin berkembang dengan menerbitkan novel-novel dari pelbagai genre. Sehingga tahun 2012, Kaki Novel telah menerbitkan lebih 121 judul novel yang telah berjaya menarik minat pembaca baru dan lama.


Bagi kami laman web ini mencapai target penonton yang ramai kerana pelbagai genre meminati dan berpuas hati hasil karya penulis novel dari terbitan Kaki Novel. Pada pendapat kami, terbitan Kaki Novel sangat berguna kepada kami dan juga orang ramai kerana setiap novel yang di terbitkan memberi banyak pengajaran pada orang di luar sana.

Fakta  menarik yang dapat dikupas:
  • Tanpa modal besar, tanpa tiupan serunai dan pukulan kompang, Kaki Novel muncul senyap-senyap, dengan satu novel, tetapi novelnya terus mendapat sambutan yang sihat dari penggemar novel cinta. Kemudian Kaki Novel muncul lagi dengan satu novel baru, juga mendapat sambutan baik.

  • Sekarang Creative, Alaf, Rythm, Times dan Utusan bukan lagi bersaing antara sesama mereka. Sebaliknya mereka harus pula bersaing dengan fenomena Kaki Novel, disebabkan Kaki Novel semacam mempunyai formula sukses ala-David melawan Goliath – si Kecil melawan si Besar.

Kami sangat menggalakkan penggemar novel melawat laman web ini bagi tujuan menambah pembacaan disamping membaca bahan ilmiah yang terdapat dipasaran. Selain itu, penggemar novel juga dapat menambah pengetahuan dan pengalaman seseorang berkaitan asam garam dalam kehidupan.


Penambahbaikan yang dapat kami kongsi bersama ialah membuka booth dan selalu membuat promosi harga novel  disetiap negeri.

No comments:

Post a Comment